Tuesday, September 29, 2009

Gambar raya di kampung - Pagi Raya

Raya every year takde beza since my dad's side of the family is pretty small...ada me and my siblings and Lan, my cousin. Takde anak-anak kecik berlari ke hulu ke hilir memeningkan kepala (pening kah?) or melalak mintak perhatian. We practically balik macam balik bercuti. *smile*.

Tahun ni masak lemang je, takde dodol sebab hujan. Lagipun by the time sampai dah agak lambat (dalam kiraan kalau nak masak segala-galanya) so kira nasib baiklah ada lemang. Itu pun my brother balik with my dad, and only sampai pagi raya....boleh? Sangat tak berperikemanusiaan.....kalau aku jadi mak dah panjang berjela-jela aku membebel, but since my mom diam je aku pun takkan nak ambik pot kan.


That's the whole family after breakfast and before bersalam-salaman...its usually a laidback morning la since everyone dah besar panjang kan. Kalau ada yang create drama and berperangai diva tu selalunya akulah yang malas nak bangun awal awal pagi and mandi air sejuk nak mati.

Tempat nak tangkap gambar selalunya focus kat open area depan tv and the dining table dekat dapur nenek. Selalunya kitorang takde la sampai naik tingkat atas umah (bahagian berkayu) sebab scary dengar bunyi tapak kaki sorang-sorang macam gajah rempuh kampung.

Okay, that's not really the reason for it. Kitorang just malas naik atas je.

Tahun ni raya simple-simple....baju pun tak sedondon sebab nak budget punya pasal...kebanyakan pakai baju recycle or buat je baju dari kain yang dah lama beli, tak kisah la apa theme color. As for me I pakai baju kurung yang my mom made me last June for Ajwad's wedding....sebab baju I semua tak siap since my mom kena resize balik most of them.

*oh yeah. resize down okay. Mind you. Tapi muka still bulat je comel. apa la labu*

Tahun ni daddy belikan kitorang selendang.....at first I mintak color hitam but then dia belikan kitorang semua color pelik-pelik....my black selendang became red and purple. Sigh. Bapak aku rabun warna agaknya. So since mommy's baju is red and my baju is gold, I swapped with her brown selendang....so takde la nampak awkward.

Tengok ani....dapat hijau terang. Tak silap dia mintak color lain, nasib baik ada baju color hijau, so that morning dia tukar color je.

Kenapa kena ada selendang???

Aaaaa...sebab tiap-tiap pagi lepas sembahyang raya we all semua berkumpul kat surau jumpa sedara mara and jiran tetangga. Ni kira raya in bulk la....kalau tak raya umah pun at least dah bersalam-salaman kat surau di pagi raya.

Tahun ni nenek bergaya sikit pergi surau....

......dengan bekas tingkat plastik hijau baru.

Yelah, takkan pergi beraya kat surau tangan kosong ye tak? Usually kitorang pack kuih-kuih raya (ehem-ehem, inilah time nak promote kuih raya/kek raya/lauk pauk raya buatan sendiri, especially depan makcik/pakcik/nenek/atok semua kat kampong) and lemang and rendang la untuk dikongsi bersama. Sorang bawak sikit then makan kongsi-kongsi.

And as usual sebelum make-up semua cair and badan start berpeluh-peluh beraya kena la posing depan tangga. Aku rasa kalau aku buat album raya sedekad tiap-tiap tahun lokasi dan model nye sama je...baju je lain-lain....

Tahun ni tambah model sorang, sebab best friend Ani, Rina, beraya kat kampung kitorang tahun ni. tak jadi balik seberang laut.

Despite the fact that my dad balik beraya tahun ini (yeap...julung-julung kalinya okeh....selalunya dia balik second raya, tahun ni pagi raya dah bagi salam depan umah siap boleh bersalam raya on time) gambar family kat tangga still dia tak masuk. Segan agaknya. Takpe la, kalau tahun depan ada boleh tangkap gambar sama-sama.

*ntah-ntah tahun depan ada mak tiri baru? hmmm...*

As for me raya tahun ni agak biasa....I tak keluar beraya sangat pun sebab ya rabbi, cuaca panas nak mati so i end up stay kat umah nenek when everyone else beraya sampai Gemas sana (kononnya jaga umah...but then bila budak datang aku buat tak tahu je muahahahah!).

Sigh.

Oh sejam lagi nak lunch. Sigh. Cepat betul masa berlalu ye. Ada lagi piccas raya. Nanti la kalau free I post kay!

1 comment:

shasha said...

hhehhehe..budak datang beraya buat tatau? sama la macam aku buat...eh, color ni lawa la babe..terberkenan lak aku...